Pendaftaran pelajar baharu kemasukkan Jun 2016 mendapat sambutan luar biasa. Kaunter pendaftaran yang dibuka seawal jam 9.00 pagi mula dipenuhi oleh para pelajar. Ini merupakan satu perkembangan terkini kepercayaan pelajar serta masyarakat diluar sana terhadap reputasi gah UNISEL selama ini.

Menurut Puan Aishah Md Idris, Pengarah Pemasaran & Kemasukkan, beliau terharu dengan sambutan yang diberikan. Tambah beliau, kerja keras warga universiti dalam menyebarluaskan kemasukkan Jun ini adalah merupakan faktor utama. Dalam pada itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih buat semua ibubapa serta para pelajar yang memilih UNISEL.

Prof Madya Ir. Muhidin Arifin, Dekan Fakulti Kejuruteraan, begitu terkejut melihat begitu banyak kenderaan di laman Canselori pagi ini. Dengan kehadiran begitu ramai pelajar serta ibubapa yang boleh kelihatan dari jauh dirasakan seperti hari Istiadat Konvokesyen UNISEL keadaannya. Dalam pada itu, menurut beliau jumlah pelajar Fakulti Kejuruteraan dijangka meningkat berbanding sebelum ini.

Manakala tinjauan ringkas bersama Ibubapa yang hadir, rata-rata mereka melahirkan keyakinan cukup tinggi terhadap keupayaan UNISEL. Kebanyakkan mereka puas hati dengan proses pendaftaran pada hari ini termasuk kemudahan yang telah disediakan bagi menjamin anak-anak mereka menjalani pengajian dengan sempurna.

Pendaftaran pelajar baharu Jun 2016 adalah merupakan 'intake' yang ke-3 pada tahun ini setelah 'tagline' terkini universiti 'Peneraju Tranformasi' diperkenalkan oleh Presiden & Naib Canselor baharu, Prof Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman. Beliau merupakan Naib Canselor Ke-7 yang mula menerajui UNISEL pada Jan 2016.

Jesteru itu, buat para pelajar diluar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, kemasukkan 'intake' Jun akan dilanjutkan sehingga 10 Jun nanti. Pendaftaran menerusi laman sesawang universiti di www.unisel.edu.my atau menghubungi terus pejabat Pemasaran & Kamasukkan di talian 03-55223400.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online