Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti, Prof Dr Shaharudin Badarudin menyampaikan ucapan

Konvensyen Menangani Gejala Sosial dan Jenayah Merentasi Budaya diadakan di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya adalah untuk mencari punca dan langkah mencegah segala permasalahan tersebut.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, gejala sosial yang dihadapi di negara ini adalah permasalahan kemanusiaan yang merentasi budaya.

Menurutnya, untuk menyelesaikan perkara tersebut, pendekatan perlu diambil secara kolektif.

Beliau menyeru semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam membantu membendung gejala sosial.

Katanya, kerjasama semua pihak tidak kira siapa pun adalah perkara paling penting dalam menangani masalah tersebut.

“Sedia maklum negara kita merupakan negara dengan masyarakat majmuk, berbilang kaum, bangsa dan agama. Permasalahan ini pula merupakan permasalahan kemanusiaan.

“Oleh itu apa yang perlu diusahakan adalah untuk mendalami isu-isu ini secara kolektif dan sebulat suara,” katanya ketika berucap merasmikan konvensyen tersebut hari ini.

Nik Nazmi berkata, beliau tidak menolak gejala sosial berlaku adalah berpunca daripada budaya dan juga ekonomi.

Menurutnya, kedua-dua perkara ini menjadi faktor utama sebagai punca gejala sosial.

Katanya, jika tidak ditangani, negara sukar untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dalam memastikan kemajuan negara.

“Kita juga perlu sedar bahawa sedekatnya dengan matlamat mencapai negara maju, semakin rumit cabaran yang dihadapi masyarakat.

“Kemajuan infrastruktur dan status masyarakat juga memberi kesan sekiranya ia tidak membangun secara sejagat. Malangnya, jika ada yang ketinggalan maka sudah pasti mereka yang ketinggalan itu tidak dapat menikmati kemajuan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan UNISEL sentiasa mempertahankan kebebasan bagi ahli akademik, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya dalam membincangkan isu-isu semasa

Malah sebarang isu termasuk prospek masa depan dengan menjemput ahli-ahli panel yang mempunyai sudut pandang pelbagai.

Konvensyen hari ini mendapat penyertaan hamper 1000 terdiri daripada NGO, guru-guru, ibu bapa dan institut pengajian tinggi (IPT)


Nik Nazmi berucap di program tersebut


Peserta yang hadir


Nik Nazmi melawat pameran diadakan


Sesi perkongsian pengalaman hidup dalam usaha membantu menangani gejala sosial

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online