Kolonel Prof Dato' Seri Dr Kamarudin

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Kolonel Prof Dato’ Seri Dr Kamarudin Kachar (KK) atau pun lupa mengenainya.

Beliau adalah antara individu pertama yang memerah keringat dalam membangunkan universiti tercinta ini.

Kolonel Prof Dato’ Seri Dr Kamarudin memegang jawatan Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) selama tiga tahun bermula 1999.

Beliau yang dikenali dengan nama panggilan KK atau Abang Long tetap mengikuti perkembangan universiti ini walaupun di mana beliau berada.

Walaupun sudah mencecah 84 tahun namun beliau masih aktif di dalam bidang pendidikan di mana kini sedang sibuk dalam usaha membangunkan Universiti Maori Melayu Polinesia di New Zealand.

Ikuti temubual khas dijalankan Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) bersama beliau dalam suasana penuh mesra.


Pelbagai kejayaan dikecapi Kolonel Prof Dato' Seri Dr Kamarudin

PKK: Jika diimbas kembali zaman Dato’ menerajui UNISEL kira-kira 17 tahun lalu, apakah penekanan yang diberikan oleh Dato’ dalam memastikan UNISEL dapat bersaing dalam industi pengajian tinggi negara memandangkan pada masa itu kita masih dikenali sebagai Universiti Industri Selangor? KK    : Perkara yang paling saya berikan tumpuan adalah pembangunan personaliti pelajar. Ini kerana kita tak mahu seseorang graduan itu tak dapat sesuaikan diri dalam apa sahaja sektor. Kita titik beratkan UNISEL dengan industri sekeliling. Kerja praktikal diberi keutamaan supaya mereka dapat kemahiran sebelum bergraduat. Kita rapat dgn industri. Kita tak abaikan pengajian lain seperti ekonomi termasuk juga sains sebagai asas. Nak bergraduat dalam industri mesti cenderung dalam sains. Kita turut ambil kira perakaunan cuma nama sahaja industri. Saya turut berpuas hati kerana berjaya membina pemikiran staf supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan fasiliti pada masa itu yang jauh berbeza dengan apa yang ada pada hari ini. Walaupun baru mula, ramai apply (mohon) untuk menabur bakti dengan UNISEL. Dalam pada itu kita dah merancang untuk kampus Bestari Jaya pada masa itu walapun terdapat pelbagai cabaran dan kekangan. Nak tambah staf dan pelajar bukan perkara mudah. Belum masuk soal kewangan. Saya sendiri mengajar dua kursus kerana saya suka mengajar agar ilmu berterusan. Dulu dalam kepala asyik fikir macam mana nak cari duit sebab Kerajaan Negeri bantu 5 tahun sahaja dan kena berdikari. Fikir macam mana nak berdikari dan cari dana. Siang malam saya fikir. Adalah beberapa cadangan belum dilaksanakan.

PKK: Dari dulu sampai sekarang apa perubahan UNISEL dan bolehkah terus bersaing dalam keadaan banyak Institut Pengajian Tinggi sekarang?

KK: Perkara paling penting dalam memastikan UNISEL terus berdaya saing dalam suasana pada hari ini adalah pengurusan perlu jujur dan cekap. Mesti sentiasa pandang ke depan dan staf  perlu bersatu tidak boleh berpuak-puak. Sekiranya ramuan ini dipratikkan tidak mustahil untukk berjaya. Semua peringkat kena bekerjasama dengan memberi tumpuan kepada kemajuan universiti. Kena bersifat inovatif dan melaksanakan pembaharuan. Tidak lupa juga sentiasa mengkaji kehendak masyarakat. Paling utama memastikan graduan diterima pasaran.

PKK: Baru-baru ini Kerajaan Negeri umumkan Skim Dermasiswa UNISEL kepada pelajar mahu menyambung pengajian tahun asas secara percuma bagi program sains dan teknologi maklumat. Apa pandangan Dato’ terhadap usaha ini?

KK: Bagi saya ini satu usaha yang sangat baik dan wajar dipuji kerana kita masih perlu bantuan kewangan. Langkah ini merupakan satu permulaan baik untuk membantu pelajar masuk universiti. Memang sangat dialu-alukan. Harap dapat diteruskan kepada program2 lain. Biar UNISEL jadi peneraju mencapai status universiti unggul yang dapat melahirkan modal insan dan menjaga kebajikan pelajar.

PKK: Apa perancangan terkini dato?

KK: Buat masa ini saya sibuk dalam usaha membangunkan Universiti Maori Melayu Plinesia di New Zealand. Saya merupakan Preiden Persatuan Melayu-Polinesia Dunia. Bangsa Maori menghadiahkan kepada persatuan sebanyak 230 ekar tanah untuk membangunkan universiti hasil daripada kertas kerja yang saya bentangkan. Di mana 50 ekar akan kita gunakan untuk membina perkampungan Maori. Dengan adanya university ini ia dapat membantu memajukan rumpun Melayu yang terdapat di 36 buah negara di dalam bidang pendidikan.

PKK: Sudah berbelas tahun Dato’ meninggalkan UNISEL, adakah Dato’ masih sudi membantu UNISEL di dalam apa sahaja kepakaran yang Dato’ miliki?

KK: Saya sedia membantu UNISEL pada bila-bila masa sahaja. Saya sentiasa bersedia sekiranya UNISEL memerlukan bantuan saya. Saya sedia membantu daripada aspek teknik pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan. Apa-apapun kita mahu bangunkan pelajar maka taf mesti fikir tentang pelajar. Tanpa pelajar tiada kerja. Jgn abaikan mereka malah kena rapat dengan pelajar. Kakitangan akademik mahupun pentadbiran perlu ambil tahu hal pelajar

PKK: Apakah harapan Dato’ terhadap UNISEL pada masa akan datang?

KK: Harapan saya cukup tinggi kerana mahu membantu pembangunan negara. Biarlah UNISEL lebih maju. Kalau boleh para pelajar pilih untuk menyertai UNISEL sebagai keutamaan. Pentadbiran perlu dimantapkan. Terus terang saya katakana UNISELNI mempunyai kenangan tersendiri dalam hidup saya sepanjang karier di dalam bidang pendidikan. Ia adalah titik peluh saya semasa awal-awal penubuhan UNISEL dahulu dan saya ibaratkan sebagai macam anak sendiri. Mula daripada kosong kita sama-sama bangunkan.


Pertemuan penuh mesra bersama mantan Presiden & Naib Canselor UNISEL pertama


Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan menyampaikan cenderamata

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online