Yuran hanya RM 1,000 mampu tambah nialai kualiti penuntut Unisel.

BESTARI JAYA – Kursus profesional yang ditawarkan Fakultan Sains Komputer  dan Teknologi Maklumat (FCSIT) dengan bayaran yang hanya RM1,000 mampu menambah nilai kualiti penuntut Universiti Selangor (Unisel) sekali gus mencapai pengangguran selepas tamat pengajian.

Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)  (Keselamatan Rangkaian dan Forensik Digital), Zuraidy Adnan berkata, tawaran kursus profesional seperti Certified Ethical Hecker (CEH) terbuka kepada semua  dengan harga promosi RM 1,000 bermula 26 September hingga 11 Oktober depan.

Katanya, bayaran kursus berpatutan itu bukan sahaja membantu golongan penuntut yang kurang berkemampuan bahkan terbuka kepada kakitangan kerajaan dan agensi berkaitan yang mahu meningkatkan kemahiran dalam bidang ini.

“Meskipun kursus ini diserap masuk dalam silibus penuntut FCSIT’,  namun bagi penuntut program selain Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer  (Keselamatan Rangkaian dan Forensik Digital), mereka turut ditawarkan tetapi dalam mod yang berbeza.

“Mereka boleh ambil kursus di luar masa pembelajaran biasa memandangkan kursus pertama CEH ini dijangka dilaksanakan Disember nanti,” katanya pada Majlis Memorandum  Persefahaman (MoU)  yang disempurnakan Naib Canselor  Unisel, Profesor Dr. Anuar Ahmad dan Pengarah Urusan EC Council Academia Sdn Bhd Wilson Wong.

Sementara itu Dekan FCSIT, Dr Raja Mohd Tariqi Raja Lope Ahmad berkata, hasrat FCSIT melaksanakan kursus professional seperti CEH ini akhirnya dilaksanakan dengan usaha sama EC-Council.  “Sudah menjadi misi FCSIT meningkatkan kadar keboleh kerja dalam kalangan penuntut sebaik sahaja tamat pengajian bahkan dengan adanya kursus ini menempatkan mereka lebih tinggi berbanding dengan penuntut dari universiti lain. Kerjasama FCSIT dengan EC-Council sudah terjalain sejak 2010 apabila syarikat iu menawarkan kursus profesional seperti CEH, Certified Hacking and Forensic Investigator (CHFI) dan Licenced Penetration Tester (LPT).

“EC-Council banyak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan badan kerajaan dan swasta yang lain.   Oleh itu, tidak hairanlah mengapa syarikat dinegara ini banyak meletakkan syarat kursus profesional CEH untuk jurutera rangkaian atau pakar keselamatan sistem mereka.
Bagi FCSIT, MoU ini menjadi satu langkah yang bijak dalam memantapkan ilmu dan kemahiran bahkan kursus ini juga adalah diwajibkan kepada semua kepada penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (Keselamatan Rangkaian dan Forensik Digital),”katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online