Dr Daroyah mengadakan lawatan kali kedua meninjau fasiliti dan kepakaran ditawarkan oleh UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) mahu mewujudkan Smart Selangor Care bagi membantu masyarakat melalui perkhidmatan rawatan kesihatan percuma.

Pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma untuk rakyat Selangor berusia 18 tahun ke atas di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

Ia menumpukan kepada tiga aspek iaitu program kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU), program pesakit terlantar dan juga program fisioterapi.

Dekan Fakulti Bioperubatan dan Kesihatan, Prof Dr Mohd Nazil Salleh berkata, program ini adalah sebahagian daripada usaha UNISEL untuk berbakti kepada masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan.

Malah UNISEL dapat berkongsi segala kepakaran dan fasiliti berkaitan kesihatan yang dimiliki kepada orang ramai.

Menurutnya, program tersebut mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri khususnya Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

"Kepercayaan Dr Daroyah terhadap perkhidmatan yang UNISEL akan berikan adalah positif setakat ini kerana ini kali kedua lawatannya ke sini.

"Kita mahu menyumbang kepada masyarakat melalui perkhidmatan percuma baucar yang akan diberikan Kerajaan Negeri berdasarkan jumlah yang dihadkan bagi setiap DUN," katanya semasa lawatan kerja Dr Daroyah ke Pusat Fisioterapi dan Pusat Makmal dan Klinikal Diagnostik UNISEL di sini semalam.


Dr Daroyah (kanan) mendengar penerangan diberikan staf fakulti disaksikan oleh Presiden & Naib Canselor UNISEL, Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman


Merakamkan gambar kenangan

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online