Prof Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor, menerima Anugerah Buku Ilmiah Terbaik menerusi Kategori Kemanusian dan Sains Sosial. Buku bertajuk ‘Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki : Pemerkasaan Islam dan Kepimpinan Edrogan' merupakan hasil nukilan beliau selaku pengarang yang telah diterbitkan pada tahun 2015.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh, di Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 yang bertempat di Bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya hari ini. Sebanyak 6 Anugerah MAPIM-KPT 2015 yang telah disempurnakan acara penyampaian oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi pada majlis tersebut.

Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan ketika ditemui menzahirkan perasaan gembira dengan pengiktirafan ini dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur anugerah MAPIM-KPT 2015. Menurut beliau lagi, anugerah sebegini cukup bagus bagi merancakkan lagi hasil penulisan akademik di Negara khususnya buat para pendidik.

Dalam pada itu, turut berkongsi anugerah tersebut ialah Puan Mashitah Sulaiman selaku pengarang bersama. Beliau merupakan anak didik Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan semasa menuntut di Universiti Malaya sebelum ini. Mashitah kini bertugas sebagai Penyelaras Pusat Pengajian Teras Universiti Sains Islam Malaysia.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online