Prof Dr Mokhtar merasmikan FADEX 2016 disaksikan Prof Dr Abd Shukor

Pameran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FADEX) 2016 diharap dapat mengangkat martabat seni visual serta karya kreatif para pelajar tahun akhir Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Selangor (UNISEL) dalam membantu Smart Selangor yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Dekannya, Prof Dr Abd Shukor Hashim berkata, beliau berharap pihaknya dapat membantu Kerajaan Negeri merealisasikan Smart Selangor melalui seni.

Menurutnya, hasil karya seni boleh memberi sumbangan dalam pelbagai sektor di negeri ini.

"Sebagai contoh sekiranya mahu mencipta iklan menggalakkan rakyat mengamalkan hidup sihat atau menjaga kesihatan kita boleh menggunakan karya seni melalui reka bentuk iklan dan pelbagai cara kreatif lago

"Itulah hasrat FADEX 2016 kali ini mahu mengangkat martabat seni visual grafik dan juga fotografi untuk membantu Smart Selangor," katanya semasa pameran tersebut dijalankan bermula hari ini hingga Jumaat.

Turut hadir Pemangku Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof Dr Mokhtar Abdullah, Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dan Pengurus Hal Ehwal Korporat PETRON, Zaimi Harun.

Seramai 106 pelajar terlibat mempamerkan projek masing-masing sempena ulang tahun ke-10 FADEX.

Ia juga medan untuk mereka mempamerkan hasil karya masing-masing kepada pihak industri yang turut hadir ke pameran ini.


Prof Dr Abd Shukor (kiri) bersama Zaimi (tengah) dan Prof Dr Mokhtar semasa penyerahan cenderahati


Pelajar memberi penerangan produk karya mereka

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online