Mohamad Arif Zaki (dua, kanan) menerima anugerah tersebut

Anugerah Kepimpinan Siswa (AKS) 2015 Universiti Selangor (UNISEL) diadakan buat julung kalinya adalah untuk memberikan pengiktirafan serta galakan kepada mahasiswa yang banyak berusaha menjadi modal insan holistik dan kompeten selari dengan kehendak universiti.

Malah anugerah ini dapat dijadikan pemangkin dalam membakar semangat para pelajar untuk menjadi pemimpin negara pada suatu hari sesuai dengan kehendak ekonomi dan pembangunan masa kini.

Presiden & Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, AKS juga berperanan dalam mendorong persaingan sihat antara persatuan dan kelab pelajar agar bergerak aktif demi mencapai kecemerlangan.

“AKS merupakan satu agenda penting yang digariskan dalam pentadbiran pengurusan baharu ke arah transformasi universiti.

“Dalam konteks mahasiswa, AKS mampu menjadi pemangkin dan inspirasi kepada mereka dalam usaha pihak universiti untuk melahirkan graduan yang berkelas tingg serta mampu bersaing dalam alam pekerjaan kelak,” katanya ketika berucap malam tadi di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam.

Turut hadir adalah Exco Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

Pejabat Exco menaja program tersebut dan Nik Nazmi menyifatkan beliau sentiasa menyokong sepenuhnya program para pelajar UNISEL.

Dalam majlis tersebut, Mohamad Arif Zaki Ali dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial menerima Anugerah Kepimpinan Presiden dan Naib Canselor UNISEL dengan membawa pulang wang tunai RM1,500, trofi pusingan, trofi iringan dan sijil.

Mohamad Arif Zaki Ali merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL 2015/2016.

Pelajar Fakulti Perniagaan, Amirul Hakim Mohd Resadi menerima Anugerah Khas Kepimpinan Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Hal Ehwal Pelajar.

Amirul Hakim membawa pulang RM1,000, trofi pusingan, trofi iringan dan sijil.

Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan berkata, anugerah ini juga bukan sekadar motivasi sebaliknya mampu menjadi indikator kepada bakat-bakat dimiliki setiap individu.


Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan ketika berucap pada majlis tersebut


Nik Nazmi menyampaikan ucaptama


Kepimpinan UNISEL bersama para penerima anugerah

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online