Azren merangkul tempat pertama

UNISEL GOT Talent (UGT) Season 2 membuktikan para pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bukan sahaja cemerlang di dalam pelajaran tetapi berbakat besar di dalam bidang seni.

UGT diadakan Jumaat lalu menampilkan bakat terpendam 13 peserta yang bertanding.

60 peserta telah menyertai uji bakat yang dijalankan sebelum ini dan ia merupakan penyertaan yang luar biasa.

UGT musim kedua mempersembahkan pelbagai kelainan berbanding edisi pertama apabila mencatat penyertaan terbanyak.

Malah tambah menarik, ia turut disertai oleh pelajar antarabangsa selain artis jemputan Akademi Fantasia 2015, Shahrul yang bertindak sebagai juri.

Selain itu, Ketua Juri pada malam tersebut adalah Komposer, Cikgu Rosli dan juga Juruhebah Radio Galaksi Muzik RTM, DJ Aliff.

Boleh dikatakan persembahan semua peserta ternyata memukau dan memberangsangkan.

Masing-masing menampilkan persembahan bertenaga dan ternyata saingan sungguh sengit.

Namun tuah malam tersebut menjadi milik Azren Albakri yang bergelar johan UGT diikuti, Nanga Youth Dancers dan The Minority Band.

Azren membawa pulang wang tunai RM1,000, baucar penginapan dua hari satu malam di Century Helang Langkawi dan keahlian di Rhyno Gym Bangi selama setahun, hamper kecantikan Coolitskincare serta trofi.

Lebih 1,000 penonton hadir menyaksikan UGT yang berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, Adun Ijok, Dr Idris Ahmad dan Pengerusi Medifund Kuala Lumpur, Dato' Eric.


Para tetamu yang menyaksikan konsert tersebut


Juri yang memberi komen persembahan peserta


Naib juara pada malam itu menari dengan penuh bertenaga

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online