Prof Dr Shaharuddin di program UNISEL Cakna

Sebagai usaha mendekatkan mahasiswa dengan komuniti, Universiti Selangor mengadakan program UNISEL Cakna dengan mengadakan program desa angkat di kesemua sembilan daerah di negeri ini.

Program diadakan ini juga bertujuan untuk mahasiswa memahami isu serta masalah dihadapi oleh penduduk kampung.

Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor, Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, program yang diselaraskan oleh Pusat Jaringan Komuniti UNISEL itu adalah secara tidak langsung bagi memberi pendedahan kepada para pelajar.

"Program ini dijalankan bagi membolehkan para pelajar mendekati masyarakat dan diberi pendedahan berdepan dengan komuniti.

"Mereka juga dapat mengenal pasti potensi komuniti," katanya selepas merasmikan Desa Angkat di Kampung Tanjung Jawa, Sabak Bernam pada 26 dan 27 Mac lalu.

UNISEL menjadikan dua buah kampung bagi setiap daerah sebagai desa angkat di mana keseluruhannya 18 kampung terlibat.

Dalam program tersebut, pemeriksaan kesihatan percuma diberikan oleh 40 mahasiswa kejururawatan dari Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan kepada penduduk.

Malah turut diadakan sesi penerangan mengenai kebersihan terutamanya melibatkan kanak-kanak.

Hari kedua diadakan gotong-royong membersihkan masjid dan sekolah.


Mahasiswa UNISEL mengadakan pemeriksaan percuma

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online