Pada 12/13 April 2013 (Khamis & Jumaat) yang lalu, telah berlangsungnya Program Ceramah Perdana Bulanan Bil. 1/2013 bertempat di Dewan Pro-Canselor dan Dewan Canselor, bagi kedua-dua kampus.Ceramah Perdana pada kali ini bertemakan 'Budaya Kerja Cemerlang’. Pendaftaran bermula seawal jam 8.30 pagi di mana pegawai-pegawai dan kakitangan Unisel mendaftar di kaunter pendaftaran yang disediakan mengikut jabatan/unit masing-masing. Secara keseluruhannya, kehadiran kakitangan dari setiap fakulti dan jabatan pada Program Ceramah Perdana kali ini mencecah 80 peratus ke atas.

Hadir memberi ucapan aluan program adalah Prof Dr Haji Anuar Haji Ahmad, Presiden dan Naib Canselor Unisel. Sejajar dengan tema program pada kali ini. Naib Canselor dalam ucapannya mengingatkan semua warga universiti untuk tidak mengamalkan budaya suka menangguh dan sentiasa mengamalkan amalan kesegeraan ke arah transformasi diri untuk lebih prihatin terhadap hak dan tanggungjawab masing-masing dalam mematuhi peraturan-peraturan. Beliau juga mengingatkan semua tentang budaya kerja cemerlang dan sentiasa sayangkan universiti dalam setiap tindak-tanduk semasa menjalankan setiap amanah yang telah diberikan.

Menurutnya lagi, adakah dikatakan budaya kerja cemerlang jika segelintir pekerja masih lagi melakukan tugas-tugas secara sambil lewa, cuai, tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi mereka yang bersikap suka membuang masa, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tidak menyimpan rahsia, pecah amanah, melakukan rasuah dan sebagainya. Ini semua melambangkan sikap pekerja yang tidak berakhlak dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Nilai dan akhlak yang murni perlulah menjadi kayu ukur untuk menuju kecemerlangan tersebut. Oleh sebab itulah kita perlu bersatu, bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan agar pendapatan yang kita perolehi itu adalah daripada sumber rezeki yang halal.

Program diteruskan dengan Ceramah Perdana oleh Ybhg Datuk Haji Abu Hassan Din Al-Hafiz dengan tajuk ‘Budaya Kerja Cemerlang’.Beliau banyak menegaskan aspek kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan kerja adalah sangat dituntut oleh Allah S.W.T. Hal ini penting untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam pencarian rezeki yang halal untuk diri dan keluarga. Dalam agama sendiri, ibadah tidak hanya memberi tumpuan kepada sembahyang, berzikir dan bertasbih sahaja, tetapi digalakkan juga umat Islam untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh, dengan hati yang ikhlas dan niat yang betul dimana semua pekerjaan baik yang dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tidak bercanggah dengan pandangan alam, ia adalah satu tuntutan dan dikira sebagai satu ibadah.

Menurut beliau lagi, dalam pada mengejar budaya kerja cemerlang ini para pekerja perlulah mempunyai ciri-ciri seperti rajin berusaha, tekun, berdisiplin, sabar, amanah dan bertanggungjawab dengan segala tugas yang dipikul. Jangan jadikan kerja-kerja tersebut sebagai satu bebanan. Ini kerana punca rezeki kita adalah daripada hasil kerja yang kita cari. Untuk mengejar budaya kerja cemerlang, di mata majikan, rakan sejawat dan yang penting di sisi Allah S.W.T, faham kejujuran dan keikhlasan wajar menjadi rujukan utama. Akhlak dan nilai-nilai baik perlulah ditanam dan diterapkan di kalangan pekerja bagi menjamin mutu kerja yang lebih berkesan. Para majikan pula perlu menjadikan kakitangannya sebagai aset yang sangat bernilai dalam memastikan matlamat jabatan dan organisasi tercapai.

Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi dengan acara penyampaian cenderahati kepada Ybhg Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz oleh Prof Dr Haji Anuar Ahmad. Alhamdulillah rata-rata yang hadir pada program Ceramah Perdana kali ini cukup berpuas hati dengan setiap pengisian yang telah dijalankan. Program dijalankan secara sederhana tetapi telah mampu mengisi kotak pemikiran kebanyakan yang hadir untuk memberi tumpuan secukupnya sepanjang program berlangsung.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online