Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan melawat sesi pengambilan pelajar baharu di Kampus Bestari Jaya

Transformasi yang sedang giat dilaksanakan di Universiti Selangor (UNISEL) menunjukkan kesan cukup positif apabila jumlah pelajar yang mendaftar sempena pengambilan Mac 2016 pada hari ini mencatat angka yang luar biasa.

Dengan peningkatan lebih 100 peratus berbanding jumlah pengambilan Mac dua tahun terdahulu, ia membuktikan UNISEL kembali mendapat kepercayaan daripada masyarakat serta para pelajar yang mahu menuntut di universiti ini.

Presiden & Naib Canselor UNISEL, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman tidak menolak pencapaiaan memberangsangkan ini adalah hasil daripada usaha keras yang dilakukan oleh semua pihak.

Menurutnya, peningkatan ini membuktikan keyakinan semua pihak terhadap UNISEL.

"Trend ini sangat menggalakkan dan ia ada turning point untuk UNISEL buktikan kembali dapat keyakinan pelajar.

"Tahniah kepada komunikasi korporat, pemasaran, fakulti dan jabatan yang berusaha keras dengan komitmen tinggi serta dapat jumlah pelajar mencukupi," katanya ketika ditemui di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya hari ini.

Sejak menjawat jawatan tersebut Januari lalu, beliau yang menggunakan slogan 'Peneraju Transformasi' berazam untuk melakukan perubahan secara besar-besaran.

Perubahan itu melibatkan pelbagai aspek antaranya dalam meningkatkan bilangan pelajar di UNISEL.

Dalam pada itu, bagi pelajar di luar sana yang masih mahu mendaftar bagi pengambilan Mac 2016 ianya masih dibuka sehingga 1 April 2016.
 
Pelajar boleh hadir ke Pejabat Pemasaran & Kemasukan di kedua-dua kampus atau menghubungi terus di talian 03-55223400 atau 019-3278408/ 8605/ 8269

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online