Nik Nazmi semasa merasmikan majlis tersebut

40 pelajar Universiti Selangor (UNISEL) melahirkan kesyukuran kerana dapat meringankan beban apabila dianugerahkan biasiswa Selangorku dari Kerajaan Negeri.

Pelajar Komunikasi dan Media, Mohamad Daniel Syah Yaakob, berkata, dia sangat bersyukur kerana layak menerima biasiswa tersebut.

Menurutnya, biasiswa tersebut membantu meringankan bebannya untuk mengharungi pelajarannya di UNISEL.

Katanya, dia akan menggunakan biasiswa tersebut dengan sebaik mungkin untuk memudahkan pembelajarannya.

“Saya bersyukur kerana diberikan biasiswa ini membolehkan saya menggunakannya sepanjang belajar di UNISEL.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberikan bantuan seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Biasiswa Selangorku 2016 di Bangunan SUK di sini hari ini.

Seramai 103 orang pelajar UNISEL serta Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dianugerahkan biasiswa berjumlah keseluruhannya RM4.95 juta.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelajar Fakulti Perniagaan, Intan Norsyahida Jamaluddin, berkata, dia tidak menyangka diterima layak sebagai salah seorang penerima biasiswa tersebut.

Intan Norsyahida berkata, dia berasa sangat bersyukur dan gembira kerana ia sekaligus mengurangkan beban kedua ibubapanya kerana terdapat adik beradik masih bersekolah.

“Saya sangat bersyukur kerana biasiswa ini dapat digunakan menampung perbelanjaan dan kurangkan beban ibu bapa.

“Lagipun kos sara hidup sekarang masih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, beliau berharap biasiswa ini dapat mereleasiskan impian Kerajaan Negeri dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing di negeri ini.

Menurutnya, beliau berharap semua penerima dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu melahirkan lebih ramai graduan berpotensi di dalam bidang pendidikan.

“Gunakan biasiswa ini dengan sebaik mungkin,” katanya.


Nik Nazmi menyampaikan surat tawaran biasiswa kepada pelajar UNISEL


Para penerima biasiswa


Antara penerima biasiswa


Mohamad Daniel Syah


Intan Norsyahida

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online