Dato' Seri Mohamed Azmin melawat kampus utama UNISEL

Seluruh warga Universiti Selangor gembira apabila menerima kehadiran Dato' Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini. Disifatkan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang prihatin mengenai pendidikan, beliau membuktikannya apabila meluangkan masa mengadakan lawatan kerja di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Ini adalah merupakan lawatan rasmi pertama beliau walaupun sebelum ini pernah beberapa kali ke UNISEL menghadiri Istiadat Konvokesyen yang diadakan setiap tahun. Kehadiran beliau disambut oleh Presiden dan Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman bersama pengurusan tertinggi universiti serta pimpinan pelajar.

Dalam lawatan bermula kira-kira jam 1 petang , Dato’ Seri Mohamed Azmin solat berjemaah di Masjid UNISEL sebelum makan tengah hari bersama para pensyarah, mahasiswa serta pimpinan Pelajar di Universiti ini. Jelas, program seumpama ini merapatkan lagi hubungan antara Dato' Menteri Besar bersama warga Universiti.

Beliau kemudian di bawa melawat asrama, dewan kuliah, perpustakaan, makmal dan beberapa kawasan sekitar di kampus Bestari Jaya. Ini adalah bagi membolehkan Dato' Menteri Besar Selangor dapat melihat dengan lebih dekat segala kemudahan serta fasiliti yang telah disediakan buat kegunaan pelajar selama ini.

Lawatan tersebut diadakan untuk meninjau keadaan terkini kemudahan dan fasiliti yang terdapat di kampus berkenaan. Hasil lawatan tersebut, beliau bersedia untuk menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja penambahbaikan bagi memastikan keselesaan terhadap warga UNISEL.

Menurutnya, pendidikan pada hari ini lebih dilihat dari konteks pelaburan ekonomi. Sedangkan ia adalah satu pelaburan baik yang boleh melahirkan modal insan untuk masyarakat dan negara.

"Hari ini pendidikan itu dilihat semata2 dalam konteks pelaburan ekonomi sahaja. Tapi saya lihat dari sudut berbeza.

"Pendidikan ini selain daripada pelaburan infrastruktur dan kemudahan tetapi ia adalah pelaburan untuk ilmu pendidikan rakyat. Untuk itu kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab moral membantu UNISEL," katanya setelah selesai mengadakan lawatan.


Meninjau makmal komputer


Turut melihat keadaan kelas


Sempat beramah mesra bersama pelajar


Melihat keadaan infrastruktur di kampus

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online