Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan berucap

SHAH ALAM, 14 MARCH - Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman kagum dan memuji semangat tinggi dipamerkan oleh kakitangan dalam misi menarik lebih ramai pelajar.untuk membantu pemasaran universiti ini.

Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan berkata, beliau dapat melihat usaha dilipatganda oleh semua jabatan mahupun fakulti dalam memastikan sasaran ditetapkan bagi tahun ini sebelum Jun dapat dicapai.

Beliau sebelum ini telah menetapkan sasaran pelajar baru yang melanjutkan pelajaran di UNISEL bagi memastikan universiti ini dapat beroperasi secara optimum.

"Saya dapat lihat sekarang semua orang bertungkus lumus mengadakan pemasaran dalam menarik lebih ramai pelajar.

"Saya harap sasaran untuk pengambilan March ini akan dapat dicapai," katanya ketika berucap semasa Perhimpunan Bulanan March di Kampus Shah Alam di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegur serta memberi amaran keras kepada mana-mana kakitangan yang didapati tidak memberi kerjasama dalam memastikan sasaran ini dapat dicapai.

Menurutnya, semua pihak perlu bekerjasama memainkan peranan masing-masing.

"Semua pihak perlu terlibat dalam memastikan aspirasi UNISEL dapat dicapai," katanya.


Kakitangan menumpukan perhatian sepanjang perhimpunan


Barisan kepimpinan kanan UNISEL

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online