Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan berucap

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman menyifatkan penggunaan Bahasa Melayu di dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bidang pendidikan serta sektor kerajaan perlu lebih diutamakan.

Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan berkata, ia bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan orang ramai dapat dipertingkatkan.

Selain itu, ia juga bagi memastikan Bahasa Melayu kekal terpelihara walaupun di dalam era globalisasi kini.

Namun beliau tidak menolak kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris yang sememangnya diketahui umum sebagai bahasa utama dunia.

"Apapun kita kena utamakan Bahasa Melayu agar ia kekal terpelihara," katanya ketika berucap semasa Seminar Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2 yang diadakan di Dewan Pro Canselor UNISEL Kampus Shah Alam semalam.

Ia turut dihadiri oleh Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Seminar tersebut disertai oleh Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Datuk Dr Siddiq Fadzil dan Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain.

Ia membincangkan isu Dual Language Program (DLP): Ancaman Pada Dasar Negara yang dihadiri lebih 700 peserta.
DLP adalah dasar baru diperkenalkan Kerajaan Pusat tahun ini dan dipercayai penjenamaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan bersama Nik Nazmi


Antara peserta yang hadir

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online