Kesemua yang terlibat menandatangi MoA SATREPS

Pemilihan Universiti Selangor (UNISEL) sebagai wakil tunggal Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam kajian bio-sumber Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) adalah satu pengiktirafan besar.

Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, ia membuktikan IPTS juga mampu untuk bersaing dalam bidang kajian penyelidikan melibatkan projek berprestij tinggi bernilai hampir RM26 juta ini.

Projek tersebut dilaksana oleh agensi Jepun, Japan Science and Technology (JSA) dan Japan International Cooperation.

Antara yang terlibat untuk projek penyelidikan ini adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Soka Universiti, University of Tokyo, Tokyo Institute of Technology dan National Institute Enviromental Studies.

Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan menyifatkan ia juga secara tak langsung membuktikan IPTS dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh bekerjasama di dalam bidang kajian penyelidikan.

"Ini pengiktirafan yang membuktikan kita (UNISEL) mampu untuk menjalankan projek besar seperti ini.

"IPTS harus diberi peranan untuk projek seperti ini kerana kita ada kepakaran di dalam bidang-bidang tertentu," katanya pada sidang media selepas memeterai memorandum perjanjian (MoA) antara institut Malaysia dan Jepun di UPM di sini Isnin lalu.

UPM diwakili oleh Naib Canselor, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aieni Mokthar dan Presiden Soka University, Prof Dr Yoshihisa Baba.


Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan (kanan), Prof Dr Yoshihisa, Prof Datin Paduka Dr Aini dan Prof Dato' Dr Nor Aieni menyempurnakan MoA SATREPS

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online