Penduduk kampung bersama pengurusan tertinggi UNISEL.

Presiden dan juga Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato' Mohammad Redzuan Othman mengambil peluang mengukuhkan hubungan bersama penduduk Kampung Bestari Jaya dalam lawatan diadakan hari ini.

Prof Dato' Mohammad Redzuan berkata, beliau berharap kerjasama erat dijalinkan oleh universiti bersama penduduk kampung di Kampus Bestari Jaya sejak ditubuhkan dapat dipertingkatkan.

Untuk itu, Prof Dato' Mohammad Redzuan melahirkan harapan supaya kedua-dua pihak saling bantu membantu antara satu sama lain.

"Hari ini saya mengambil peluang untuk ucapkan terima kasih kerana penduduk di sini secara tak langsung membantu universiti selama ini.

"Kita harap keakraban ini akan berterusan pada masa akan datang," katanya ketika berucap di kampung tersebut yang turut dihadiri Ketua Kampung Bestari Jaya, Mohammad Jinal Ariffin bersama hampir 100 penduduk.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa pintu universiti sentiasa terbuka untuk menerima anak-anak penduduk kampung tersebut menyambung pengajian.

Beliau turut berharap dengan adanya kampus tersebut di situ, ia dapat memberi manfaat besar kepada penduduk kampung dalam menambah ilmu.

Dalam majlis tersebut juga, penduduk kampung diberi peluang untuk bertanyakan soalan mengenai sebarang cadangan mahupun permasalahan yang berlaku.


Prof Dato' Mohammad Redzuan mendengar cadangan dilontarkan penduduk.


Prof Dato' Mohammad Redzuan bersalaman bersama penduduk

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online