Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan bersama Prof Dr Shaharuddin sempat membelek buka berkaitan sejarah yang dijual sempena wacana tersebut

‘Wacana Tamadun Selangor : Membongkar Sejarah, Melakar Tamadun’ diadakan di Universiti Selangor, Kampus Shah Alam dapat memberi kesedaran mengenai sejarah lampau negeri ini.

Pengasas Armada Malaiu Malaysia, Mass Ahmad Kamal Shafiee berkata, wacana sebegini dapat membuatkan generasi hari ini mengenal sejarah dengan lebih dekat.

Mass Ahmad Kamal berkata, ia juga membantu golongan pada masa kini mengenali asal usul masing-masing bukan sahaja melibatkan bangsa tetapi ekonomi, pendidikan dan politik.

“Program ini memang sangat bagus kerana bantu kita kenal kembali sejarah dahulu. Mengenai pelbagai perkara meliputi bahasa, pakaian dan juga warisan di Selangor,” katanya yang lengkap berpakaian tradisional Melayu.

Menurutnya, beliau menyeru lebih banyak lagi program seumpama ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Pelajar UniSmart, Ahmad Aimran Abdul Razak, berkata, wacana ini memberi kesedaran kepada golongan muda sepertinya untuk mengetahui dengan lebih mendalam sejarah Selangor.

Ahmad Aimran menyifatkan ia juga menyedarkan masyarakat betapa pentingnya sejarah dalam pembentukan bangsa kerana melibatkan pelbagai aspek.

“Saya dapat tahu sejarah Selangor dengan lebih luas apabila menyertai wacana ini. Bagi semangat untuk orang muda seperti kami,” katanya.

Lebih 200 pelajar UniSmart menyertai wacana ini yang dikendalikan oleh moderator, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti UNISEL, Izwan Suhadak Ishak bersama panel antaranya Direktor Pusat Warisan Kajang, Lee Kim Sin, Felo IDE, Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir dan Calon PhD ATMA, Mohd Rohaizat Abdul Wahab.

Malah para penggemar sejarah komuniti Selangor juga turut menghadiri wacana yang diadakan ini.

Wacana yang dihadiri oleh Presiden dan juga Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.


Ahmad Aimran


Mass Ahmad Kamal (tengah) bersama rakan-rakannya lengkap berpakaian tradisional


Panel wacana sedang membincangkan pelbagai topik

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online