Pada tanggal 3 Februari 2016, bertempat di Dewan Pro Canselor UNISEL Shah Alam, para pelajar akan menentukan siapakah calon pilihan yang bakal dinobatkan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi mewakili suara mereka.

Pemilihan pada tahun ini menyaksikan persaingan sengit di antara seramai 8 orang mahasiswa serta 7 orang mahasiswi bagi merebut kerusi umum di mana penamaan calon didominasi oleh 12 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan dan masing-masing seorang pelajar dari Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta Fakulti Komunikasi dan Media.

Bagi kerusi fakulti, Fakulti Perniagaan memperlihatkan pertarungan 3 penjuru di antara 3 serikandi mereka yang terdiri daripada Saudari Syalini Dewi A/P Polnaudu dari Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia, Saudari Nurul Syazana Basri dari Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan serta Saudari Vicitra Vallasamy Daver dari Ijazah Sarjana Muda Kewangan.

Manakala penyandang kerusi-kerusi dari Fakulti Komunikasi dan Media, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan telah dimenangi tanpa bertanding.

Dengan bersandarkan profil demografik yang berbilang bangsa, calon-calon kali ini menjanjikan variasi manifesto yang rata-ratanya memahatkan kesinambungan perjuangan untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan siswa dan siswi dimartabatkan sebagai agenda utama.

Manifesto itu juga turut memuatkan cadangan penambahbaikan dari segi kemudahan dan infrastruktur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif serta berdaya saing seiring dengan visi UNISEL untuk melahirkan masyarakat yang dibentuk dengan kemantapan sahsiah dan intelektual.

Persoalannya, adakah para pelajar kita bersedia untuk menggunakan segala hak mereka untuk turun membuang undi bagi memilih calon yang bakal mewakili suara mereka? Adakah mereka menyedari, penyertaan mereka sebagai pengundi adalah contoh terbaik praktis kebebasan bersuara walaupun cuma bermediumkan lembaran kertas undi?

Ayuh para pelajar UNISEL Kampus Shah Alam! Keluar dari kepompong selesa anda. Dukung dan sanjung demokrasi anda sebagai pelajar! Bestarikan UNISEL dengan sinar kebangkitan dan semaikan konsep kebebasan bersuara secara aman! Undi Anda Suara Anda!

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online