Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan bertanyakan kepada para pelajar apa sahaja masalah yang mereka hadapi

Presiden dan juga Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman mengadakan lawatan ke asrama Universiti Selangor (UNISEL ) Kampus Shah Alam yang terletak di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam usaha melihat dengan mata sendiri keadaan hostel tersebut.

Dalam lawatan tersebut, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan sempat beramah mesra bersama staf penyelia asrama serta para pelajar. Beliau turut melawat dua unit asrama yang mampu menempatkan kira-kira 700 pelajar.

Tujuan lawatannya itu adalah untuk meninjau keadaan fasiliti asrama tersebut. Ia kerana beliau selaku Presiden mahu memastikan pelajar yang tinggal di asrama keadaan selesa. Hasil tinjauannya beliau berpuas hati dengan keadaan asrama tersebut namun mahu ia diperbaiki dalam beberapa perkara.

Tumpuan utama beliau pada masa ini adalah untuk meningkatkan keselesaan kepada para pelajar serta lanskap di kedua-dua kampus. Dalam pada itu, beliau sempat berbual bersama pelajar-pelajar yang tinggal di asrama untuk mengetahui masalah yang dihadapi mereka.


Para pelajar berkesempatan merakamkan gambar kenangan bersama beliau


Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan melawat unit yang ada di asrama


Meninjau pemandangan di sekitar asrama tersebut

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online