Simbolik penyerahan bendera kepada kontinjen yang bakal bertanding

Kontinjen Universiti Selangor (UNISEL) memburu empat pingat emas dalam Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang bakal bermula pada 25 Januari sehingga 5 Februari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Seramai 134 atlet mengambil bahagian dalam 12 acara dipertandingkan di mana ini paling ramai UNISEL menghantar penyertaan

Malah UNISEL turut mengidamkan untuk menyapu masing-masing empat perak dan gangsa.

Ini merupakan kali ketiga UNISEL menyertai kejohanan ini dan mensasarkan emas di dalam acara kegemaran iaitu judo, silat, ping pong dan olahraga.

Majlis penyerahan bendera kontinjen disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin kepada Penolong Pegawai Sukan UNISEL, Mohd Anuar Husin sebelum berlepas ke Skudai.

Kerajaan Negeri menerusi Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari turut memperuntukan RM20,000 untuk kegunaan atlet UNISEL sepanjang kejohanan selama dua minggu.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online