Pelajar bersama ibu bapa semasa pendaftaran

Para pelajar pengajian tahun asas pengambilan Januari yang baru mendaftar di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya bercita-cita mahu melanjutkan ijazah di sini pada masa akan datang kerana yakin dengan kecemerlangan universiti ini.

Nur Syafirah Mat Rashid, 19, berkata, dia sudah memikirkan perancangan tersebut sekiranya berjaya menamatkan pengajian tahun asas itu.

Nur Syafirah berkata, dia bercadang menyambung ijazah di sini kerana mengikut jejak langkah kakaknya yang kini berada di semester 4.

Menurutnya, melalui pemerhatiannya itu, dia tidak teragak-agak untuk berbuat demikian.

“Saya nak sambung ijazah di sini macam kakak saya apabila saya habiskan pengajian tahun asas ini sebab saya tengok dia pun okay di sini,” katanya selepas selesai mendaftar di sini hari ini.

Clement Jeevananth Anbarasan, 22, berkata, dia ingin menyambung ijazah di UNISEL sebaik sahaja tamatkan pengajian tahun asas nanti.

Menurutnya, dia sudah memikirkan perkara tersebut kerana yakin dengan kecemerlangan universiti ini yang sudah melahirkan ramai graduan berjaya.

Katanya, UNISEL terbukti sebagai sebuah medan pengajian yang mempunyai tahap piawaian tinggi di negara ini.

“Saya memang berminat nak sambung di sini apabila habis tahun asas ini nanti kerana reputasi baik dimiliki UNISEL,” katanya.

Mohd Nur Helmy Nizam Saiful bahari, 20, berkata, dia memilih UNISEL sebagai destinasinya untuk melanjutkan pelajaran kerana faktor yuran murah serta fasiliti lengkap.

Menurutnya, suasana persekitaran yang indah di kampus juga antara faktor yang membuatkan para pelajar berasa selesa belajar di sini.

“Fasiliti di sini lengkah malah yuran dikenakan juga adalah murah jika dibandingkan dengan institut pengajian tinggi swasta lain,” katanya.

 alt=
NUR SYAFIRAH

 alt=
CLEMENT JEEVANANTH

 alt=
MOHD NUR HELMY NIZAM

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online