Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan menjelaskan apa yang dimahukan terhadap para pelajar

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman mengadakan pertemuan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), wakil-wakil persatuan dan kelab universiti bagi mengenali mereka dengan lebih dekat.

Ia juga digunakan sebagai medium untuk beliau menyampaikan amanat serta harapan kepada para pelajar. Dalam pertemuan penuh mesra hampir dua jam itu, Prof Dato Dr Mohammad Redzuan menyatakan keinginan utamanya untuk mencantikkan kawasan Kampus Bestari Jaya serta Shah Alam.

Namun, perancangannya itu sukar untuk diterjemahkan jika tidak mendapat kerjasama daripada para pelajar. Beliau mahukan para pelajar bersama-samanya dalam semua perancangan yang akan dilaksanakan.

Dalam perkembangan sama, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan turut berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama para pelajar. Ia bertujuan untuk mengetahui sebarang permasalahan yang timbul mahupun sebarang cadangan.

Kemesraan serta keterbukaannya membuatkan para pelajar tidak malu untuk menyatakan sebarang pandangan. Sesi yang diadakan tersebut juga adalah sangat baik kerana pihak pengurusan dapat menjelaskan kepada para pelajar melibatkan sebarang isu yang ditimbulkan.


Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan mendengar teliti apa ditimbulkan para pelajar

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online