Warga UNISEL serta KMK bergambar kenangan setelah selesai kunjungan hormat

Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan kunjungan hormat ke Kumpulan Media Karangkraf (KMK) sebagai usaha mengukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi yang sudah lama terjalin.

Lawatan seramai sembilan orang itu diketuai oleh Presiden dan Naib Canselor, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan kedua-dua pihak.

Malah peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan yang baru sahaja dilantik mengetuai UNISEL beramah mesra dengan KMK yang sudah lama menjalinkan kerjasama dengan UNISEL.

Antara kerjasama diadakan adalah KMK memberi peruntukan biasiswa RM1 juta setiap tahun. Melalui kerjasama tersebut, UNISEL menyediakan ruang untuk pelajar menyambung pelajaran.

Dalam pertemuan tersebut, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan turut berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif KMK, Dato' Dr Hussamuddin Yaacob mengenai perancangan kerjasama kedua-dua pihak pada masa depan.

Semoga kerjasama dijalinkan selama ini memberi impak positif kepada kedua-dua pihak. Dalam pada itu, rombongan UNISEL turut dibawa meninjau beberapa unit jabatan yang terdapat di KMK.

Delegasi turut diberi taklimat mengenai sistem operasi beberapa unit yang terdapat di KMK. Antaranya kumpulan majalah, percetakan serta dibawa melihat sendiri proses penerbitan sebuah buku dihasilkan.


Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Dato' Dr Hussamuddin


Dato' Dr Hussamuddin menunjukkan naskhah Al-Quran cetakan KMK kepada Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online