Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan menyarungkan jaket sebagai simbolik

Para pelajar baru mendaftar bagi sesi pengambilan Januari berpuas hati dengan segala fasiliti dan kemudahan yang terdapat di Universiti Selangor (UNISEL) yang disifatkan sangat memuaskan walaupun berstatus institut pengajian tinggi swasta (IPTS)

Mohd Nur Elham Abdul Hamid, 21, menyifatkan fasiliti yang terdapat di UNISEL adalah sangat lengkap.

Segala kemudahan untuk pembelajaran dan pengajaran serta bersukan disediakan di Kampus Bestari Jaya.

Dia yang mengetuai bacaan ikrar pelajar sempena Minggu Tekad Siswa hari ini berkata, ia adalah sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kadar yuran yang rendah dikenakan UNISEL.

“Saya puas hati dapat melanjutkan pelajaran di sini kerana fasilitinya lengkap,” katanya dalam majlis yang disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman.

Nur Hazlina M Yunus, 21, berkata dia berpuas hati kerana menerima layanan baik dari seluruh warga UNISEL.

Walaupun baru mendaftar beberapa hari lalu namun sudah merasakan bagaikan sebuah keluarga besar di sini.

“Semua pihak memberikan kerjasama terutama fasilitator yang banyak berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar,” katanya.

Mohd Fakhri Hazim Azmi, 25, berkata, dia berpuas hati kerana kos yang dimahukan ditawarkan di UNISEL.

Menurutnya, dia sememangnya mahu melanjutkan pelajaran di bidang Ijazah Sains Matematik dan Statistik dan setelah membuat perbandingan ternyata UNISEL lebih murah.

“Lagipun lokasi UNISEL paling hampir dengan saya dan saya sememangnya mahu lanjutkan di dalam bidang ini,” katanya.


Nur Hazlina


Para pelajar mendengar ucapan Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online