Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan bersama Nik Nazmi

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Nik Nazmi Nik Ahmad berharap pelantikan Presiden dan Naib Canselor baharu Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dapat memberi nafas baharu kepada universiti.

Nik Nazmi berkata, beliau berharap Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan dapat menggunakan segala kepakaran dan idea yang beliau ada untuk menaikkan imej universiti ini.

Menurutnya, beliau mensasarkan UNISEL ke tahap yang lebih tinggi dengan adanya Naib Canselor yang sememangnya sudah dikenali ramai di dalam bidang pendidikan ini.

“Kerajaan Negeri berharap beliau dapat menerajui UNISEL ke peringkat lebih tinggi di dalam bidang pendidikan setaraf dengan institut pengajian tinggi lain,” katanya semasa mengadakan kunjungan balas di Kampus Shah Alam hari ini.

Dalam pertemuan diadakan bersama pengurusan kanan UNISEL, Nik Nazmi mendapatkan pelbagai pandangan serta cadangan daripada dekan-dekan fakulti. Ia adalah sebagai rujukan untuk beliau memahami segala apa yang berlaku di universiti ini.

Dengan maklumat diperoleh itu beliau dapat merangka pelbagai perancangan dan strategi untuk Kerajaan Negeri membantu membangunkan UNISEL. Malah beliau dapat mengetahui pelbagai perkara dan permasalahan dengan lebih dekat.


Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan memberi taklimat mengenai UNISEL

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online