Pengurusan tertinggi menyanyikan lagu Negaraku

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman mengajak seluruh warga universiti untuk bekerja kuat bersamanya dalam memastikan kecemerlangan dapat dicapai tahun ini.

Amanat tersebut disampaikan olehnya ketika berucap buat kali pertama kepada seluruh warga UNISEL perhimpunan bulanan yang diadakan pagi tadi di Kampus Shah alam yang turut dapat disaksikan di Kampus Bestari Jaya.

Dalam ucapannya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan menekankan bahawa sasaran tahun ini perlu dapat dicapai. Malah beliau menegaskan tahun ini perlu lebih baik berbanding tahun sebelumnya dan begitu juga tahun-tahun mendatang.

“Tanggungjawab kita adalah untuk pastikan tahun ini lebih baik kepada UNISEL. Saya menganggap anda semua adalah orang saya dan kita perlu bekerja bersama-sama untuk pastikan segala perancangan dapat dicapai,” katanya.

Beliau menyifatkan kedatangannya ke UNISEL disambut dengan penuh penghargaan dan pengharapan oleh semua pihak. Sebab itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bersama untuk membangunkan UNISEL.

Prof Dato Dr Mohammad Redzuan turut sedar cabaran bakal dihadapi dalam mengatasi pelbagai masalah dihadapi universiti ini terutama aspek kewangan. Namun beliau menganggap itu sebagai satu cabaran untuk membuktikan mampu melaksanakannya.

“Ramai pihak mengharapkan saya bawa perubahan besar dan saya akui perkara tersebut. Kekangan kewangan dihadapi bukan satu alasan untuk kita membangunkan UNISEL,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji seluruh staf UNISEL yang dilihat sebagai komited dalam melaksanakan kerja. Ia berikutan tinjauan dilakukan sepanjang minggu lalu dan mengakui amat terharu dengan apa yang dilihatnya. Menurutnya, beliau berazam menjadikan UNISEL sebagai universiti model di negara ini.


Warga UNISEL mendengar khusyuk amanat disampaikan oleh Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan


Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan semasa berucap

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online