Prof Dato Dr Mohammad Redzuan turut hadir meninjau proses pendaftaran dijalankan

Ibu bapa menaruh keyakinan tinggi Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) yang baru, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman dapat meningkatkan prestasi universiti ke tahap lebih cemerlang berdasarkan reputasi hebatnya selama ini.

Pesara, Gunasegaran Vellaisamy, 62, berkata, dia berharap Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan dapat memajukan UNISEL ke tahap lebih baik.

Menurutnya, sebagai naib canselor baru sudah pasti beliau mempunyai pelbagai idea baru untuk dikongsi bersama universiti.

"Harap beliau dapat majukan lagi UNISEL melalui idea-ideanya," katanya semasa ditemui mendaftarkan anaknya sempena Sesi Pengambilan Januari di Kampus Bestari Jaya hari ini.

Eksekutif swasta, Zaimi Azumu, 46, berkata, dia menaruh kepercayaan tinggi terhadap naib canselor baru dapat menaikkan imej UNISEL.

Zaimi yang memilih menghantar anaknya ke UNISEL berdasarkan imej baik universiti ini berharap Prof Dato Dr Mohammad Redzuan dapat meningkatkan lagi prestasi sedia ada.

"Beliau sendiri ada reputasi yang baik dan saya sebagai ibu bapa menaruh penuh harapan," katanya.

Dalam pada itu, Zaimi mengesyorkan supaya UNISEL dapat menaiktaraf bangunan fakulti dengan mengecat kembali.
Malah dia mencadangkan supaya dapat mengindahkan lagi lanskap di kampus tersebut.

Suri rumah, Ramnih Mokti, 43, berkata, dia berharap di bawah pimpinan Prof Dato Dr Mohammad Redzuan yang baru dapat mewujudkan pengurusan yang terbaik.

Menurutnya, ia sekaligus membantu UNISEL untuk mencapai apa yang disasarkan bagi tahun ini.

"Harap pengurusan di bawahnya cemerlang kerana itu dapat membantu universiti," katanya.

Dalam pada itu, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan sempat berucap dalam taklimat ringkas diberikan kepada ibu bapa.


Gunasegaran


Zaimi


Ramnih

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online