Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan (kiri) bersama Prof Dr Anuar semasa simbolik penyerahan tugas

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berazam menaikkan nama universiti ini selaras dengan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan oleh mantan, Prof Dr Anuar Ahmad.

Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan berkata, beliau mahu memastikan UNISEL akan terus cemerlang di dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, untuk mencapai tujuan tersebut semua staf perlu bekerja dengan lebih kuat untuk memastikan hasrat itu dapat dicapai.

“Saya berazam untuk meningkatkan nama UNISEL di tahap yang lebih cemerlang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra dan

Serahan Tugas Presiden dan Naib Canselor di Kampus Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang baru diamanahkan untuk memegang jawatan tersebut mengakui ia bukan tugas mudah baginya

Ia ditambah lagi dengan faktor geran yang semakin berkurangan dihadapi terutamanya melibatkan universiti awam.

“Tahun ini agak sukar kerana terdapat pengurangan geran diperoleh dan ia dirasakan oleh universiti-universiti tersohor negara ini, apatah lagi kita sebagai universiti swasta namun ia bukan penghalang untuk berjaya," katanya.


Prof Dato Dr Mohammad Redzuan ketika berucap di majlis tersebut


Kesemua dekan dan juga ketua jabatan menghadiri majlis tersebut


Gambar berkumpulan yang dirakamkan di majlis tersebut

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online