Lawatan Dato’ Menteri Besar Selangor ke Gerai Produk Unisel

Universiti Selangor (UNISEL) terus mengorak langkah dengan mengkomersialkan tiga produknya  yang terhasil dari kajian penyelidikan di peringkat universitinya.

Tiga produk tersebut adalah Airys-Air Electrolyser iaitu alat perawatan Udara yang dihasilkan oleh penyelidik Encik Mohd Fadzli Ahmad dan Encik Hasnu Rizal Zakaria dari Fakulti Sains Dan Bioteknologi.

Produk kedua adalah makanan ayam (bagi makanan ayam dewasa dan anak ayam)  yang dihasilkan secara hybrid dan halal oleh penyelidiknya Encik Hakimi Abdullah dan Encik Harizal Hamid juga dari Fakulti Sains Dan Bioteknologi.

Produk ketiga adalah Edukits-Celik Al-Quran (kit pembelajaran mudah) yang dihasilkan oleh Encik Mohammad Nazir Mohamed Khalid, Encik Hasnu Rizal, Encik Mohd Fadzli dan Encik Syahrul Izwan Sawardi dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Dan Bioteknologi.

Langkah awal pengkomersialan ini telah dimulakan dengan UNISEL menyertai Selangor International Expo 2015 di MIECC Serdang Selangor pada  26 sehingga 28 November 2015 baru-baru ini.

Sebanyak 700 gerai daripada industri tempatan berbeza hinggalah kepada syarikat-syarikat antarabangsa terlibat.
 
SIE 2015 adalah medium yang sesuai bagi perusahaan kecil dan sederhana  tempatan serta asing untuk mempamerkan produk dan servis untuk menarik bakal pembeli atau mencetuskan kemungkinan kerjasama perniagaan terbaru mereka. 

Selain itu juga SIE 2015 adalah peluang serta ruang yang terbaik untuk memperluaskan perniagaan tempatan dan meluaskan lagi skop pembangunan antarabangsa.

Banyak syarikat di dalam dan luar negara telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dan membeli atau menjadi pengedar produk-produk UNISEL ini.

Malah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut memuji langkah besar UNISEL dalam menghasilkan produk melalui penyelidikan dan seterusnya memasarkannya. Beliau turut mengunjungi dan melawat gerai produk UNISEL pada hari tersebut.


Produk airys-Air Electrolyser


Produk Makanan Ayam Dewasa dan anak ayam


Produk Edukits- Celik alQuran

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online