UNISEL berjaya rangkul dua perak dan satu gangsa di PECIPTA 2015 baru-baru ini

Universiti Selangor (UNISEL) menutup tirai tahun ini dalam bidang penyelidikan dan inovasi dengan memenangi dua perak dan satu gangsa di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2015 PECIPTA 2015 yang diadakan dari 4 hingga 6 Disember 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre KLCC baru baru ini.
 
Sebanyak 502 ciptaan dipertandingkan dari seluruh institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan dan beberapa institut pengajian tinggi (IPT) luar negara.

PECIPTA diadakan 2 tahun sekali ini dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai tuan rumah bagi tahun ini dan merupakan acara kali kelapan setelah ia dimulakan buat kali pertama pada tahun 2001 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ini  merupakan buat kali pertama UNISEL menyertai acara ini dengan menghantar tiga produk ciptaan hasil dari penyelidikan di Fakulti Sains Dan Bioteknologi dan juga Fakulti Kejuruteraan.

Tiga kategori ciptaan dipertandingkan iaitu (Commercialisation Product, Open category and Hands On category) dan mengikut tema kluster yang berbeza.

UNISEL bertanding dalam kategori (commercialization) melalui produknya airys-Air Electrolyser oleh Encik Hasnu Rizal Zakaria dan Encik Mohd Fadzli Ahmad dari Fakulti Sains Dan Bioteknologi dan dua dalam kategori (Open) iaitu O-Gen Nonchem Alpha Water Treatment oleh Encik Mohd Fadzli Encik Hasnu Rizal, Puan Muzairihana Md Moid dan Puan Intan Faraha Abd Ghani dari Fakulti Sains dan Bioteknologi dan Edukits-Celik Al-Quran oleh Encik. Mohammad Nazir Mohd Khalid, Encik Hasnu Rizal, Encik Mohd Fadzli dan Encik Sahrul Izwan Sawardi dari Fakulti Kejuruteraan.

Dua pingat perak tersebut dimenangi melalui produk airys dan Ogen, manakala pingat gangsa dimenangi melalui produk Edukits-Celik Al-Quran.

Acara penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Idris Jusoh.

Walaupun UNISEL tidak berjaya memperolehi pingat emas namun demikian kita tetap berbangga kerana menerima pujian dan pelawaan untuk menjalinkan kolabrasi bersama IPT lain dan juga secara tidak langsung menerima tempahan-tempahan untuk mendapatkan produk ini selanjutnya.

Diharapkan untuk tahun-tahun berikutnya akan ramai lagi para penyelidik dari UNISEL akan menyertai pertandingan seperti ini.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online