Mehmet sedang berbincang bersama Prof Madya Dr Mohd Fuad mengenai sijil kejurulatihan dan pengadil yang bakal ditawarkan di UNISEL

Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic bakal bekerjasama dengan Fakulti Perniagaan Universiti Selangor (UNISEL) untuk mengadakan sijil kejurulatihan dan pengadil sebagai usaha membantu meningkatkan nilai tambah para pelajar Diploma Pengurusan Industri Sukan bermula Januari depan.

Kedua-dua kursus tersebut akan dijadikan sijil yang dapat meningkatkan nilai tambah kepada para pelajar dalam membantu mereka pada masa depan.

Dekan, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Sallleh berkata, kedua-dua pihak mensasarkan mereka yang berusia 25 tahun ke bawah untuk sijil tersebut.

Menurutnya, melalui sijil seperti ini para pelajar mempunyai kelebihan berbanding orang lain.

“Dengan adanya sijil seperti ini mereka ada kelebihan berbanding orang lain kerana boleh menggunakannya pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam pada itu, Prof Madya Dr Mohd Fuad berkata, seramai kira-kira 30 pemain pelapis Selangor dijangka ingin melanjutkan pelajaran di dalam kursus berkenaan.

Prof Madya Dr Mohd Fuad berkata, UNISEL sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain bola sepak yang berminat untuk menyambung pengajian di universiti ini.

“Sekiranya mereka berjaya menamatkan pengajian diploma maka ia memberi kelebihan dari sudut akademi kepada pemain-pemain itu sendiri sekiranya sudah tidak bermain bola suatu hari nanti.

“Mereka boleh menggunakan sijil yang ada tadi untuk terlibat dalam kejurulatihan mahupun pengadil,” katanya.

Selain itu, kerjasama melibatkan Mehmet juga bakal memberi ruang kepada mana-mana pelajar UNISEL yang berbakat untuk diserap ke dalam skuad Selangor.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online