Rafizi (dua, kanan) berjabat tangan bersama Noh di forum yang dirasmikan oleh Nik Nazmi (dua, kiri)

Keterbukaan Universiti Selangor (UNISEL) menyediakan platform forum dan bual bicara dipuji oleh Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata, ia merupakan suatu usaha yang baik ditonjolkan oleh universiti dalam memperlihatkan ia sebagai sebuah institusi yang bersifat terbuka.

Menurutnya, beliau mengucapkan tahniah kepada mahasiswa UNISEL yang berjaya menganjurkan program berkenaan.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan forum seperti itu diadakan dan semoga lebih banyak lagi boleh diadakan untuk menunjukkan keterbukaan dan kelainan UNISEL sebagai institusi pengajian tinggi di Selangor,” katanya dalam majlis forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020 #Mampukah Kita? di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam di sini malam semalam.

Forum dianjurkan oleh Overseas Academic Tour Club UNISEL menampilkan Moderator, Mohd Naim Saiful Bahari bersama panelis, Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli dan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Forum tersebut mendapat sambutan hangat apabila dihadiri lebih 400 orang terdiri daripada pelajar serta orang ramai.


Kedua-dua panelis semasa di forum berkenaan

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online