Pelajar Diploma Kesihatan Persekitaran dari Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan (FBSK), Universiti Selangor (UNISEL), telah menganjurkan program 3R dan Pembersihan Pantai di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO).

Dirasmikan En. Sulam Askandar, Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam, lebih daripada 40 pelajar serta masyarakat setempat menyertainya. Program bertujuan melatih para pelajar menganjurkan aktiviti amal dan kempen berkaitan promosi kesihatan dan persekitaran

Dengan kerjasama penuh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), lori serta jengkaut disedia bagi memudahkan proses pengutipan sampah. Hasil dari program pembersihan sampah ini, sebanyak 200 kilogram sampah telah berjaya dikumpulkan.

Acara lain yang diadakan bagi memeriahkan lagi program ialah pameran oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pertandingan berkumpulan pengutipan sampah terberat.

Mengakhiri program, papan tanda yang menekankan penjagaan pantai telah diletakkan. Selain itu, pihak FBSK juga telah menerima tawaran program dan projek kerjasama yang boleh dijalankan dengan pihak MDSB pada masa akan datang.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online