MoA antara Fakulti Kejuruteraan bersama URS Enterprise Sdn Bhd diharap memberi manfaat pada masa akan datang

Fakulti Kejuruteraan Universiti Selangor (UNISEL) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama URS Enterprise Sdn Bhd semalam dalam usaha meningkatkan pengetahuan serta kemahiran stafnya di dalam bidang elektronik dan eletrik.

Syarikat tersebut yang terlibat secara langsung di dalam bidang teknologi hijau merupakan pengedar tunggal di negara ini bagi syarikat dari Jerman.

Syarikat tersebut merupakan pengedar pengecas bateri untuk kegunaan kereta mewah.

Untuk itu, mereka mencari pakar yang dapat membantu membaik pulih sebarang kerosakan yang berlaku.

Melalui kerjasama ini, mereka menyediakan latihan khusus kepada staf UNISEL yang terlibat untuk MoA ini.

Setakat ini lima staf sudah terlibat dan UPS Enterprise Sdn Bhd juga bakal memberi dana tahunan berjumlah RM10,000 untuk fakulti mewujudkan makmal.

MoA tersebut disempurnakan oleh Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad bersama Pengerusi URS Enterprise Sdn Bhd, Datuk Dr Kamarulzaman Abd Ghani di Maktab Koperasi Malaysia.

Pada masa akan datang, UNISEL berharap kerjasama seperti ini dapat melibatkan para pelajar melalui penghantaran latihan praktikal.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online