Bertempat di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada hari ini (17 Sept 2013) telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Penyambungan Perlantikan Dato’ Setia Dr Anuar Masduki sebagai Pro-Canselor Unisel. Beliau telah memikul amanah besar sebagai Pro-Canselor Unisel semenjak tahun 2009 lagi dan majlis pada hari ini merupakan penyambungan perlantikan kali kedua Beliau, berkuatkuasa serta merta selama tiga tahun sehingga 31 Julai 2015.

Watikah perlantikan telah diserahkan sendiri oleh Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor Unisel sambil disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor.  Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dr Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor, YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Lembaga Pengarah Unisel serta Prof Dr Anuar Ahmad, Presiden dan Naib Canselor Unisel serta seluruh pengurusan tertinggi Unisel.

Majlis berlangsung secara sederhana tetapi mencapai objektifnya sebagai pelengkap kepada satu lagi catatan sejarah penting universiti dan secara tidak langsung terpahat dalam lembaran sejarah pendidikan untuk dikenang selama-lamanya. Ucapan jutaan tahniah dan syabas kepada Ybhg Dato’ Setia Dr Anuar Masduki kerana sudi menerima perlantikan semula sebagai Pro-Canselor Unisel. Semoga Unisel akan lebih mampan dan menjadi sebuah universiti tersohor baik dari segi kualiti graduan terhasil mahupun perkhidmatan yang disediakan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online