Nurul Nuha (kiri) merasmikan program tersebut

Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan program Mengupayakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat.

Pengarah program, Mohd Nur Imran Ahmad Soki berkata, program tersebut diadakan bagi menumpukan perhatian terhadap golongan tersebut.

Mohd Nur Imran berkata, ia kerana golongan tersebut kadangkala seolah-olah disisihkan dalam masyarakat.

Menurutnya, melalui program seperti ini, ia sekaligus dapat menyedarkan masyarakat supaya saling bantu-membantu golongan OKU.

"Kita lihat selalu golongan anak yatim diberi perhatian namun kurang terhadap OKU jadi kita mensasarkan untuk mewujudkan kefahaman di kalangan masyarakat.

"Ia agar mereka tidak rasa disisihkan dan dibantu," katanya di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya yang turut dihadiri Nurul Nuha, anak bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Nurul Nuha merasmikan program tersebut yang turut menyaksikan walkathon, simulasi OKU serta peluncuran buku Mengupayakan OKU di Selangor.

Selain itu, ia turut dihadiri Tokoh OKU Negara 2006, yang juga merupakan pensyarah kanan fakulti berkenaan, Othman Badrishah.

Mohd Nur Iman berkata, program tersebut diadakan kerana selari dengan slogan UNISEL iaitu mencorak masyarakat.

Mengupayakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


Walkathon yang mendapat penyertaan ramai


Walkathon yang diadakan seawal pagi

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online