Prof Dr Anuar sedang mendengar penerangan diberikan oleh pelajar mengenai hasil grafiknya

Pameran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka atau lebih popular dikenali sebagai FADEX 2015 yang mempamerkan hasil kerja pelajar tahun akhir diploma dan ijazah fakulti tersebut berlangsung kembali.

Pameran yang berlangsung setiap dua kali setahun itu menampilkan jumlah pelajar semester akhir paling sedikit dalam sejarah fakulti tersebut.

Dengan jumlah pelajar seramai 17 orang daripada tiga program yang ada, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk menjayakan pameran tersebut.

Berbekalkan persiapan dijalankan selama tiga bulan, FADEX 2015 yang berlangsung hari ini sehingga  Selasa depan mempamerkan pelbagai jenis hasil kerja fotografi dan grafik berdasarkan kreativiti para pelajar.

Pelbagai jenis hasil kerja dihidangkan di pameran ini melihatkan kebolehan para pelajar fakulti tersebut dalam menghasilkan grafik dan fotografi bermutu.

Melalui pameran seperti ini, ia sebagai medan terbaik untuk para pelajar mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Tahun sebelum ini, terdapat para pelajar yang diserap masuk ke dalam pelbagai syarikat industri yang melawat pameran tersebut.

FADEX 2015 dihadiri oleh Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad dan dirasmikan oleh Prof Madya Dr Harriri Abdullah.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online