Kontinjen UNISEL yang berjaya menyapu tiga pingat emas dan gangsa di kejohanan berkenaan

Universiti Selangor (UNISEL) mencatat keputusan membanggakan apabila merangkul tiga pingat emas dan gangsa di Kejohanan Pencak Silat Piala Kolej Automatif Antarabangsa.

UNISEL yang diketuai oleh pengurus pasukan, Ibrahim Junaidi diwakili oleh 10 atlit pencak silat menyertai kejohanan pertama kali diadakan di Pekan, Pahang. Kejohanan tersebut disertai oleh 12 institut pengajian tinggi menyaksikan saingan sengit.

Tiga emas berkenaan diperolehi menerusi acara Seni Tunggal Putera oleh Muhd Haffiz Bahar, Seni Tunggal Puteri, Nurul Astina manakala Muhd Khaiir Bukim bagi Silat Olahraga Kelas D. Pingat gangsa dibawa pulang oleh Satrio Lesmana Osnil, Nurul Hidayah Abd Aziz dan Musrifa Samsun.

Kejohanan tersebut diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk sukan berkenaan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk para pelajar UNISEL di dalam bidang sukan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online