Staff Pengurusan Akademik Universiti Selangor (UNISEL), Noor Azman Kamal merupakan salah seorang ahli pasukan paintball, Nemesis Legion yang mengharumkan nama Negara apabila menduduki tempat ketiga Paintball World Asia 2015 di Langkawi baru-baru ini.

Nemesis Legion muncul pemenang selepas menewaskan Infernal dari Thailand. Kejayaan ini bukan yang pertama kali dikecapi oleh Noor Azman kerana beliau sudah beberapa kali memenangi beberapa kejohanan lain yang dipertandingkan.

Noor Azman yang berkhidmat lebih enam tahun di UNISEL cukup terkenal dengan jolokan pengacara sensasi. Tidak keterlaluan jika dikatakan Noor Azman menjadi rebutan penganjur apabila hendak menganjurkan sesuatu Majlis samada di dalam atau luar Universiti.

Beliau ketika ditemui berkata, kejayaan terbaru itu membuktikan pasukan Negara setanding dengan pasukan dunia yang lain. Tambah beliau, apa sahaja bidang yang diceburi berikanlah yang terbaik jika tidak lebih baik anda berhenti daripada melakukannya.

Noor Azman yang suka merendah diri mengakui sudah terlibat dalam sukan lasak (Paintball) ini selama lebihkurang 13 tahun di mana pelbagai kenangan manis dan rintangan telah dihadapi. Dari situ bakat terpendam mungkin mula menyinar berbekalkan latihan yang dijalani pada setiap Ahad, katanya.

Mula terlibat bermula pada tahun 2003 mewakili pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum dipanggil menyertai pasukan kelab berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia & Sukan Malaysia pada tahun 2006 bagi Kempen Liga Paintball Kebangsaan untuk pasukan Nemesis Legion.

Antara kejayaan lain beliau bersama Nemesis Legion adalah Juara Keseluruhan Liga Paintball Kebangsaan bagi tahun 2006 – 2011, menjuarai hampir kesemua kejohanan paintball utama di Malaysia, Malaysia Super Lite 2008, Malaysia Super Seven 2009, Malaysian Paintball Operator Circuit (MPOC) 2011-2012, Werdnahol Paintball Championship 2010-2012.

Sudah tentu kejayaan Noor Azman adalah sesuatu yang sepatutnya menjadi kebanggaan universiti. Diharapkan dengan kejayaan yang diperoleh oleh Noor Azman pasti bakal menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga UNISEL untuk berjaya dalam apa sahaja bidang diceburi.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online