Dr Trevor menerangkan sesuatu kepada para peserta

Universiti Selangor (UNISEL) bersama Rasch Measurement Malaysian Chapter (Myrasch) mengadakan bengkel ‘Introduction to Rasch Workshop’ dalam usaha membantu para penyelidik menganalisa data dengan lebih tepat melalui statistik.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Prof. Dr. Trevor dari Universiti James Cook, Australia berjalan lancar dengan rata-rata peserta cukup berpuas hati. Berlangsung di Kampus Shah Alam selama tiga hari bermula Rabu dan berakhir pada hari ini.

Melalui bengkel seperti ini, seramai 46 peserta daripada ahli akademik institusi pengajian tempatan (IPT), agensi kerajaan serta wakil luar negara didedahkan dengan penggunaan Rasch Model ini.

Pengarah program, Pensyarah kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Dr Nor Azliana Akmal Jamaludin berkata, ia bagi menggalakkan para penyelidik melakukan kerja-kerja analisa data dengan lebih tepat menggunakan data interval.

“Bengkel seperti ini amat penting bagi memudahkan analisa dibuat secara berkesan. Hasilnya peserta bengkel dapat memahami dengan jelas kepentingan data interval, penggunaan perisian tersebut dan dapat menjalankan analisa dengan lebih tepat serta konsisten,” katanya.

Tambah Dr. Nor Azliana Akmal lagi, beliau berharap selepas ini lebih ramai warga UNISEL dapat terlibat dalam Rasch untuk kebaikan tenaga pengajar serta penyelidik.


Dr Nor Azliana Akmal


Para peserta bengkel tersebut

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online