Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) sebagai syarikat yang menaungi Universiti Selangor (UNISEL) dinobatkan sebagai Majikan Terbaik 2015 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) peringkat cawangan Shah Alam.

Kejayaan dinobatkan Majikan Terbaik membuktikan PIYSB telah menjalankan amanah dengan sebaik mungkin. Pengiktirafan ini juga mencerminkan usaha berterusan terhadap kepentingan serta kebajikan staf yang sentiasa diutamakan.

Prof Dr. Haji Anuar Ahmad, Presiden PIYSB ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan ini. Menurut beliau, pengiktirafan menjadi peransang untuk terus memperbaiki aspek pentadbiran dan pengurusan syarikat supaya lebih baik lagi.

“Saya sentiasa meletakkan kebajikan staf dari semua peringkat pengurusan sebagai keutamaan kerana percaya kejayaan yang dikecapi pada hari ini sehingga diiktiraf majikan terbaik adalah hasil kerja keras semua pihak", katanya.

Manakala menurut Hajah Muzaiyanah Mustakim, Pemangku Bendahari, pengiktirafan ini sebagai tanda penghargaan kepada majikan yang mengurus akaun dengan baik selain menjelaskan caruman tepat pada masanya.

“Anugerah sebagai tanda pengiktirafan besar kepada PIYSB dan simbolik kepatuhan amanah yang dipertanggungjawabkan. Saya berjanji akan cuba sebaik mungkin mengekalkan pengiktirafan sebegini pada tahun terkehadapan lagi" katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online