Empat pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi dan dua pensyarah Fakulti Kejuruteraan mengharumkan nama Universiti Selangor (UNISEL) dengan membawa pulang dua emas dan satu gangsa dalam ekspo inovasi yang bermula dari 23 Oktober sehingga 25 Oktober 2015 di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM).

Kejayaan ini sememangnya membanggakan UNISEL kerana berjaya mengukir sejarah dan mencipta nama lagi.

Dalam ekspo tersebut, UNISEL menghantar tiga produk inovasi yang dalam projek untuk dikomersialkan iaitu Airys-Air Electrolysis (Emas) oleh Mohd Fadzli Ahmad dan Hasnu Rizal Zakaria.

Produk kedua yang merangkul emas adala Ozone Generator – Nonchem Alpha Aquaculture Water Treatment  ciptaan Hasnu Rizal Zakaria, Mohd Fadzli Ahmad, Intan Faraha Abd Ghani dan  Muzairihanan Md. Moid manakala produk ketiga iaitu Edukits- CELIK Al-Quran oleh Mohammed Nazir Mohd Khalid, Hasnu Rizal Zakaria, Mohd Fadzli Ahmad dan Syahrul Izwan Sawardi.

Dalam ekspo ini seramai 130 produk inovasi dipertandingkan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan agensi

Inova 15 merupakan ekspo kali ke-6 dianjurkan oleh USIM di mana hadiah kemenangan merupakan pingat emas, RM 500, sijil.

Hadiah-hadiah dianugerahkan oleh Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. Pro Canselor USIM.


Bersama 4 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (K)-Teknologi Industri yang menbantu.


GOLD (Airys-Air Electrolysis) .En. Hasnu Rizal Zakaria dan En. Mohd Fadzli b. Ahmad.


En. Mohd Fadzli Ahmad, Pn. Intan Faraha bt. Abd. Ghani, Pn. Muzairihana Md. Moid dan En. Hasnu Rizal Zakaria.


BRONZE (Edukits-Celik Al-Quran) En. Mohammed Nazir Mohd Khalid, En. Syahrul Izwan Sawardi, En. Mohd Fadzli Ahmad dan En. Hasnu Rizal Zakaria.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online