Nor Albaniah berkongsi kegembiraan bersama anak kesayangannya, Syara

"Saya sangat excited (teruja) nak datang konvokesyen hari ini tengok dia (Syara Sudarman,21) terima diploma," demikian kata pelakon terkenal, Nor Albaniah Raffie, 46 yang menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-10 Universiti Selangor (UNISEL) di Kampus Bestari Jaya di sini hari ini.

Menurutnya, ibu mana yang tidak berasa bangga melihat anak yang didik sejak kecil kini berjaya.

Tambahan pula beliau membesarkan anak tunggalnya itu seorang diri sejak kehilangan suaminya ketika Syara berusia setahun.

Nor Albaniah berkata, hari ini beliau sudah mengosongkan segala jadual padatnya demi meluangkan masa melihat anaknya.

"Dari dia amik jubah aritu saya dah bersemangat malam semalam juga tak sabar untuk datang sini.

"Dia lah satu-satunya anak yang saya ada dan mungkin ini yang pertama dan terakhir saya dapat lihat dia terima sijil," katanya.

Nor Albaniah menyifatkan faktor utama beliau membenarkan anaknya menuntut di UNISEL kerana reputasi universiti ini yang gah.

Katanya, beliau pernah mendengar pengalaman belajar di UNISEL yang dikongsi oleh anak buahnya.

"Lagipun pada masa itu anak saya dapat tawaran dari UNISEL dulu dan tanpa berfikir panjang kami terima kerana yakin," katanya.

Menurutnya, anaknya kini sudah bekerja di sebuah syarikat arkitek.

Ketika ditanya sama ada mahu anaknya menyambung pengajian ijazah, Nor Albaniah berkata, beliau menyerahkan kepada anaknya untuk buat sebarang keputusan dan sentiasa menyokong.


Nor Albaniah berkongsi kegembiraan bersama anak kesayangannya, Syara

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online