Hyzurahidayu (kiri) sibuk melayan pelanggan.

Peniaga serta orang ramai yang mengunjungi Festival Konvokesyen Universiti Selangor (Feskonisel) sangat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan di tapak jualan, pameran dan permainan.

Feskonisel yang bermula Jumaat lalu sehingga hari ini mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai terutamanya keluarga yang menghadiri Istiadat Konvokesyen.

Mereka menyifatkan tapak pesta tersebut sangat meriah dikunjungi lebih dari 2,000 orang sepanjang tempoh itu.

Penjual bunga, Hyzurahidayu Haizam, 27, berkata, sambutan orang ramai sangat menggalakkan.

Menurutnya, dia bersyukur dengan hasil jualan yang berjaya dikaut sepanjang beberapa hari ini.

Katanya, dia turut berpuas hati dengan pihak pengurusan universiti.

"Alhamdulillah hasil jualan memberangsangkan kerana ramai yang beli bunga sebagai meraikan mereka yang tamat pengajian.

"Kami juga puas hati dengan pihak universiti dengan apa ditawarkan dan tiada sebarang masalah," katanya.

Penjual minyak wangi, Al-Aly Alwan Baharudin, 22, berkata, dia turut berpuas hati dengan tapak pesta jualan tersebut.

Al-Aly Alwan berkata, sambutan orang ramai juga amat menggalakkan walaupun mengakui hasil jualannya tidak begitu banyak seperti diharapkan.

Dia yang kali pertama menyertai Feskonisel menyifatkan layanan pihak universiti terhadap para peniaga juga sangat baik.

"Jualan okay walaupun tak seperti saya harapkan.

"Saya selesa dengan kemudahan yang ada di sini," katanya.

Anggota polis yang menghadiri istiadat ini bagi menyaksikan adik iparnya menerima sijil, Hazril Anuar, 34, berkata, dia berpendapat Feskonisel diadakan memang menarik.

Hazril berkata, ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk melawat tapak bagi melihat pelbagai barang yang dijual.

Malah dapat memenuhi masa sementara menanti istiadat selesai.

"Baguslah ada Feskonisel macam ni kerana bertambah meriah.

"Suasana pun tak boring sebab macam-macam ada dan harga pun semua berpatutan," katanya.

Suri rumah, Thilaga Semelingam, 41, menyifatkan pelbagai barangan dan makanan ditawarkan adalah harga berpatutan.

Menurutnya, dengan adanya pelbagai jenis makanan maka memudahkan orang ramai untuk menjamu selera dan tidak perlu bersusah payah keluar.

"Memang bagus ada tapak pesta jualan macam ini kerana memudahkan kami," katanya.


Minyak wangi turut dijual


Hazril


Thilaga

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online