Nantharaj bersama keluarganya

Graduan Universiti Selangor (UNISEL) gembira cita-cita untuk menamatkan pengajian di universiti ini tercapai. Nantharaj Narayanan, 24, berkata, dia berasa sangat berpuas hati kerana akhirnya salah satu misi hidupnya sudah berjaya dicapai.

Nantharaj yang kini sudah bekerja sebagai jurutera perisian berbangga kerana sudah membalas jasa kedua ibu bapanya dengan mengenggam segulung ijazah. “Saya bangga kerana kini sudah tamat pengajian dan dapat lihat kedua ibu bapa saya gembira dengan apa saya kecapi".

“Saya juga bersyukur kerana sudah bekerja dan bagi saya memang graduan Universiti Selangor mudah dapat kerja,” katanya ketika ditemui selepas selesai Istiadat Konvokesyen ke-10 UNISEL.

Mohamad Arif Zulkifli, 24, berkata, sistem akademik UNISEL terbukti antara terbaik dan dia rasa bertuah kerana mendapat pendidikan di sini. Menurutnya, kemudahan infrastruktur serta fasiliti yang ada sememangnya lengkap dari segenap aspek.

Dia kini sedang dalam proses mencari kerja selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Bio Informasi dan berharap mendapat pekerjaan secepat mungkin. “Memang rasa puas kerana akhirnya sudah tamat pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terbaik di negara ini" katanya.

Mas Aziemah Az Zahra Lizazman, 21, menyarankan mana-mana pelajar yang mahu menyambung pengajian untuk berbuat demikian di UNISEL. Menurutnya, UNISEL ternyata mempunyai reputasi baik dan menghasilkan ramai graduan berkualiti.

Katanya, yang kini sedang berada di semester dua menyambung ijazah di UNISEL. “Alhamdulillah semua okay di sini dan saya memang cadangkan UNISEL pada sesiapa yang mahu sambung belajar. Apa yang lebih penting sekarang tumpuan saya untuk tamatkan pengajian peringkat ijazah,” katanya.


Mohamad Arif


Aziemah Az Zahra

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online