Abieramy sedang menyanyikan lagu Kuch Kuch Hota Hai

Persembahan muzik dan koir Orkestra Tradisional Sewaris Universiti Selangor (UNISEL) diserikan dengan lagu mencuri tumpuan genre Hindustan ‘Kuch Kuch Hota Hai' yang telah dinyanyikan oleh pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Abieramy Munisamy.

Nyanyian merdunya itu diiringi 36 ahli koir serta pemuzik yang terdiri daripada warga Universiti iaitu pensyarah dan pelajar ternyata menghidupkan suasana Istiadat. Abieramy mengakui cukup teruja menyertai pasukan ini melakukan persembahan. Tambah-tambah lagi beliau memang meminati lagu tersebut telah memudahkannya menyanyi dengan baik.

“Memang seronok saya dapat sertai pensyarah serta staf universiti yang lain untuk bersama-sama menjayakan konvokesyen melalui persembahan ini. Terasa seperti sebuah keluarga besar apabila berkumpul beramai-ramai dan berlatih bersama,” katanya yang turut menerima Diplomanya hari ini di Kampus Bestari Jaya.

Mereka mempersembahkan enam buah lagu semasa selingan yang terdiri daripada pelbagai irama dan menggunakan peralatan muzik tradisional serta moden. Melalui persembahan seperti ini ia bukan sahaja mengangkat martabat muzik tradisional namun dapat merapatkan jurang antara semua warga universiti untuk bekerja sebagai sebuah kumpulan.


Kumpulan Orkestra Tradisional Sewaris UNISEL komited menjayakan persembahan

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online