Muhammad Amar puas dapat balas jasa bapanya sebagai graduan terbaik menerima Anugerah Canselor

Impian diidamkan penerima Anugerah Canselor, Muhammad Amar Shah Mohawn Maninder, 26, untuk membalas jasa bapanya yang membesarkannya bersama dua adik beradik lain sejak kehilangan ibu tersayang akhirnya tercapai.

Kepuasan jelas tergambar di wajahnya yang berkongsi kisah pengorbanan bapanya sanggup menjual kereta kesayangan dan berjalan kaki tempat kerja demi menampung persekolahan anak-anak meskipun terpaksa memikul tanggungjawab berseorangan.

Graduan Fakulti Komunikasi dan Media kelahiran Singapura ini, menyifatkan ia sebahagian dari liku-liku yang banyak mengajar erti kehidupan untuk mengejar impian. Beliau turut melahirkan perasaan gembira apabila menerima Anugerah Canselor ini namun percaya ramai lagi kawan-kawan yang mungkin layak.

"Terima Kasih kepada fakulti kerana telah banyak membimbing saya dan pihak universiti yang telah memberikan peluang untuk belajar di sini," katanya selepas selesai Istiadat Konvokesyen ke-10 Universiti Selangor (UNISEL).

Beliau yang merupakan wartawan akhbar The Sun mengakui sukar membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya namun pengalaman lalu mengajarnya menguruskan masa lebih baik. Muhammad Amar turut berkongsi rahsia kejayaannya hingga berjaya memperoleh HPNG 3.96 iaitu menghormati pensyarah dan menyiapkan tugasan diberi.

"Banyak perkara yang saya belajar di UNISEL dapat dimanfaatkan dalam industri (media). Saya rasa ilmu yang dipelajari sangat berharga dan sedikit sebanyak membantu menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan," katanya yang mula bertugas secara tetap sejak Jun lalu.

Atas kecemerlangan menamatkan pengajian Izajah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Kewartawanan), beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi pusingan Anugerah Canselor tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online