Seramai 3,142 graduan menerima ijazah dan diploma pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kesepuluh berlangsung pada 24-26 Oktober 2015. Daripada jumlah berkenaan, 19 graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 30 Ijazah Sarjana, 1,327 menerima Ijazah Sarjana Muda manakala 1,573 dianugerahkan Diploma dan 193 Program Asas.

Istiadat Konvokesyen yang penuh gilang-gemilang ini dijalankan dalam enam sidang dan disempurnakan oleh Canselor UNISEL, YAD Raja Tan Sri Dato Seri Arshad Raja Tun Uda Alhaj pada sidang pertama. Turut hadir dalam istiadat konvokesyen sidang pertama ialah Dato Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd/UNISEL, Mohamed Azmin Ali, Pro-Canselor UNISEL, Dato Setia Dr Haji Anuar Masduki dan Tan Sri Dato Seri Dato’ Setia Ismail Adam. Selain itu, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, ahli-ahli Lembaga Pengarah UNISEL, ibu bapa dan jemputan kenamaan lain turut hadir.

Dalam istiadat ini turut menyaksikan pelantikan semula Yang Berbahagia, Dato Setia Dr Haji Anuar Masduki sebagai Pro Canselor UNISEL selama tiga tahun. Beliau diyakini dapat menggalas tugas ini dengan baik berdasarkan reputasinya.
Istiadat Konvokesyen ini juga menganugerahkan empat anugerah istimewa kepada empat pelajar paling cemerlang sepanjang pengajian mereka di UNISEL. Hadiah wang tunai dan trofi disumbangkan oleh penaja berupa beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor.

Anugerah Canselor tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan menghadiahkan wang tunai RM5,000 kepada Muhammad Amar Shah Mohsen Maninder, kerana berjaya menamatkan pengajian Izajah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Kewartawanan). Beliau menerima trofi pusingan Anugerah Canselor tajaan PKNS.

Anugerah Pengerusi pula ditaja oleh Yayasan Selangor dengan sumbangan wang tunai berjumlah RM3,000 dan sebuah trofi diberikan kepada Muhammad Arif Razif Shah Ranjit kerana berjaya mencatat kejayaan memberangsangkan sepanjang pengajian bagi menggenggam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan.

Anugerah Naib Canselor pula ditaja oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan dianugerahkan kepada Magen Kumar a/l Ramas Kumar dengan hadiah berupa wang tunai RM2,500 serta trofi kerana pencapaiannya sebagai pelajar cemerlang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal, dari Fakulti Kejuruteraan.

Manakala Anugerah Exco Pendidikan untuk pencapaian cemerlang pelajar di peringkat Diploma disumbangkan oleh Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor, berupa wang tunai RM2,500 dan trofi kepada Muhammad Shazrul Amri Shaffi. Beliau adalah penerima Diploma Sains Perpustakaan.

Dalam pada itu, Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Perniagaan telah dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang merupakan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp).

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada tahun 1985. Tan Sri Muhammad Ali juga adalah Pengasas Waqaf An Nur Corporation Bhd, (WANCorp), iaitu institusi Waqaf Korporat pertama ditubuhkan di Malaysia.

Sementara itu, bagi memeriahkan Istiadat Konvokesyen tahun ini, Festival Konvokesyen UNISEL ke-10 (Feskonisel) telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Terdapat pelbagai penyertaan gerai jualan, wacana, sukaneka, konsert nasyid dan kebudayaan diadakan di tapak pesta berhampiran Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya, mulai 23 hingga 26 Oktober 2015.

Gerai jualan daripada makanan, bunga, cenderamata, pakaian disediakan untuk orang ramai khususnya keluarga graduan untuk membeli-belah dan menjamu selera. Feskonisel dirasmikan oleh Adun Ijok, Dr Idris Ahmad yang turut dihadiri oleh Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad. Majlis penutup pada Isnin nanti akan di sempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online